Tuesday, April 2, 2013

resipi: pasta kobis ikan bilis

 
 
hari khamis lepas, kami layari website tupperware japan. kat situ ada macam-macam resipi yang dimasak menggunakan produk tupperware. antara resipi yang kami pilih untuk cuba ialah pasta kobis ikan bilis.
 
resipi asal boleh tengok kat sini:- http://www.tupperware.co.jp/recipe/reci59.html 
 
meh kami catatkan kat sini resipi asal ya:
 
Bahan-bahan:
50g .................. kobis
30g .................. bawang besar
100g ................ spegeti (1.4mm)
600ml .............. air
2 ekor .............. ikan bilis (potong halus)
2 sudu besar .... minyak zaitun
1 biji ................ cili merah (dipotong bulat)
1/3 sudu kecil .. garam  
secukup rasa .... lada hitam
 
Cara-cara:
  1. Kobis dipotong 4cm (bersegi), bawang besar dihilis nipis.
  2. Spegeti dipatah dua dan dimasukkan ke dalam Rock 'n' Serve Square #1000, tambah air dan tutup dengan penutup, buka air bubble dan panaskan ke dalam microwave selama 5 minit.
  3. Masukkan kobis dan bawang besar, panaskan selama 3 minit.
  4. Tos air.
  5. Campurkan ikan bilis, minyak zaitun, cili merah, garam dan lada hitam.
 
Taraaa... siap dah... senang, kan?
 
Memandangkan di Malaysia ni tiada Rock 'n' Serve Square #1000, kami ubahsuai sikit la cara memasak tu. Bahan-bahan masih sama, cuma kami gorengkan dalam Tupperchef Wok kepunyaan kami. Tapi, sekarang ni Tupperchef  Wok dah digantikan dengan Inspire Wok. Boleh dapatkan Inspire Wok ni dengan harga RM988. Kalau nak tawaran hebat, boleh la hubungi kami ;-) Tekan jer butang contact me kat atas tu untuk hubungi kami.
 
Berbalik kepada resipi ni, kami masak macam buat kobis goreng, lepas tu masukkan spegeti jer. Kami tambah parsley sikit sebagai hiasan. Rasanya memang macam kobis goreng tambah spegeti. Hahaha... En.Hyat makan campur dengan sos cili. Almaklum, orang kita ni kan suka makan pedas. Tapi, anak-anak alhamdulillah suka makan!! ★ Kira makanan sihat tu, ada mee, ada sayur dan ada ikan bilis. Senang, pantas dan menyelerakan!!
 
Cubalah!
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...