Thursday, May 26, 2011

bagaimana untuk berjaya dalam biz tupperware??

Pada 22.05.2011 (Ahad) aku ke Advanced Sales, Ampang untuk menghadiri training macam mana nak kekal dalam biz Tupperware. Training diberikan oleh En Lim Bok Chu, orang kuat dalam Tupperware ni.

Kesimpulannya, dalam apa jua tindakan kita, untuk berjaya tak kira dalam biz Tupperware ataupun biz yang lain ataupun dalam kehidupan kita, ada 5 perkara penting iaitu:
  1. Sikap (Attitude)
  2. Kemahiran (Skills)
  3. Pengetahuan (Knowledge)
  4. Semangat (Spirit)
  5. Yakin (Believe)
Selain daripada itu, kita kena berani membuat perubahan. Perubahan yang dibuat pada awalnya memang payah, terseksa, tak selesa dan susah. Tapi, selepas berjaya melepasi rintangan perubahan tersebut, kita akan merasakan ganjarannya. Perubahan mesti dilakukan sekarang dan pasti memerlukan pengorbanan.

Kesimpulannya:
"you cannot change the direction of the wind, but you can set your sail accordingly to arrive at your destination"

"Kita tak boleh mengubah haluan angin, tapi kita boleh tetapkan layar kita untuk tiba ke destinasi"

::: Try to achieve star trip subsidies Lake Toba :::

Wednesday, May 25, 2011

Tupperware Cleaning Tip: How do you wash off oil and grease easily from your Tupperware Container?

Tupperware Cleaning Tip: How do you wash off oil and grease easily from your Tupperware Container?

1) Before dumping them into the sink with running water, wipe off oil with a paper towel first. This is to reduce the amount of oil stuck on the walls of your Tupperware.

2) Add some hot water (not boiling please) with some TupperClean Dish Wash Liquid, shake it a little and then use a sponge (the non abrasive side) to wash the insides of your Tupperware.

3) Rinse and leave to dry! ^^

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tip pembersihan Tupperware: Bagaimana anda mencuci minyak dan gris daripada bekas Tupperware anda?

1) Sebelum meletakkan bekas tersebut ke dalam sinki, kesat minyak dengan kertas towel terlebih dahulu. Ini untuk mengurangkan kesan minyak yang terlekat di bekas Tupperware anda.

2) Masukkan sedikit air panas (bukan air mendidih ye) dengan sedikit TupperClean Dish Wash Liquid, goncangkan sedikit dan kemudian gunakan span (bukan bahagian yang kasar) untuk membersihkan bahagian dalam Tupperware anda.

3) Bilas dan biarkan ia kering! ^^


::: Ehsan daripada Tupperware Brands Malaysia :::

Tuesday, May 24, 2011

2011 Tupperware Star Power Trip Lake Toba/Medan


NAK JOIN........................

Tupperware telah melancarkan trip untuk tahun ni iaitu ke Danau Toba/Medan bagi mereka yang berpangkat Director dan Star Director sahaja.

Untuk melayakkan diri, seseorang itu perlu berpangkat Director (dah jadi dah.. hehe) / Star Director dan mengumpul subsidi minimum RM1600 daripada Personal Team Sales dan New Team Recruits mulai Mei 2011 hingga September 2011.

Bukannya tak pernah pergi ke sana. Pernah masa lepas SPM dulu kalau tak silap. Tapi tu pergi dengan keluarga besar. Kali ni nak merasa pergi dengan rombongan Tupperware pulak. FREE pulak tu!! Dulu pun free juga sebab ibubapa tanggung. Sekarang ni kalau nak pergi melancong kena keluar duit sendiri. Tak best.. FREE juga yang best.. eheheh

Bagi mereka yang pernah pergi trip dengan Tupperware, katanya seronok sangat!! Balik bilik hotel jer, ada jer hadiah disediakan. Hadiahnya pula "ada duit pun tak boleh beli punya" bak kata Shireen, orang top Tupperware kat Malaysia ni.

Jadi, tahun ini saya berazam untuk menyertai trip Tupperware ke Danau Toba dan mengumpulkan subsidi sebanyak yang mungkin. Bukan nak pegi sorang-sorang jer, tapi, kalau boleh nak bawa suami dan rakan-rakan sepasukan sekali. Bak kata Wonder Pet, "Apa yang penting? KERJAaaaaaSAMA".

Semoga hasrat untuk melancong ke Danau Toba bersama suami dan rakan-rakan dimakbulkan Allah. Aamiiin..

Friday, May 20, 2011

KUTU snowflakes wonders

 KUTU Snowflake Wonders (1 set) (Worth: RM 336.80): 
 
RM100 x 2 bulan

     


 

      (Cash: RM 180 only)
          Comprises:
          Square Round (4) 500ml
          Medium Square Round (4) 880ml
          Double Square Round (4) 1.3L
          Double Square Round (2) 600ml
          Cool Square Round (4) 1.4L
          Total product: 18pcs (average RM10/pcs)
          Tempoh: Mei dan Jun 2011

Sila tinggalkan komen untuk join KUTU sekarang juga!!
Jangan lupa forward pada rakan-rakan dan sedara mara yer... TQ

permulaan baru

sejak sekian lama mencampurkan perihal peribadi dan perniagaan dalam satu blog, akhirnya kami buat keputusan kena asingkan juga dua topik ni.

jadi, terhasil lah blog "tupperware baka" yang membawa maksud gila tupperware. tupperware baka diwujudkan untuk menceritakan segala hal yang berkaitan dengan tupperware, daripada info produk ke aktiviti yang dijalankan.

semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi info yang bermanfaat kepada pengguna dan bakal pengguna tupperware.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...