Tuesday, June 20, 2017

Tukar Penutup One Touch PERCUMA

Ramadhan kareem

In sha allah dalam kurang daripada seminggu, umat islam akan menyambut Syawal.

Punya la lama tak buat kuih raya sejak nikah ni, tahun ni kami dah start semula buat cookies cornflakes crunch.

Dah siap-siap bakar, duk cari la set #tupperwarebrands #onetouch kami yang besar kat rumah ayah. Jumpa, tapi penutup dah pecah kat tepi-tepi tu.

P/s: bukan kena gigit tikus tau... Buat sementara, tutup la guna tissue untuk elakkan angin masuk. Gambar tak dan nak amik sebab excited nak p tukar penutup.. Hehehe..

Tu cerita dua hari lepas. Hari ni, kami bergegas la ke Tupperware Business Centre (BC) kat putra heights dan seksyen 15, bawa penutup yang pecah tepi tu.

Alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun terpaksa pergi 2 BC. Kaler seadanya la yer. Tak boleh nak pilih. Tapi, tak kisah. Janji ada penutup. Yeay...  oh ya, tukar ni PERCUMA yer sebab termasuk dalam kategori lifetime warranty.

Ahli atau bukan ahli, boleh pergi jer ke mana2 BC, in sha allah dapat tukar penutup tu selagi termasuk dalam kategori yang dicover lifetime warranty dan ada stok. Best, kan...? Tak payah beli baru. Tapi, kalau nak beli baru, meh beli ngan kami. Hehehe...

Kalau tak masuk dalam warranty pun, boleh jer beli penutup tu dgn harga yg berpatutan.

Ok, sila la korek-korek balik bekas tuperware kat gobok tu, kalau perlu tukar atau beli penutup ker, masih ada masa lagi untuk berkunjung ke BC yang berdekatan. Jangan lupa bawa sekali yang dah rosak tu tau.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

Sunday, March 19, 2017

Leaflet 18-31 Mac 2017

Leaflet 18-31 Mac 2017.

Aduh... Banyaknya produk yang menarik dan limited edition 😍😍

Rambang mata mak, nakkk...

Jom cuci mata tengok mini katalog ni.. Kalau berkenan, roger jer mak kat

📲 019.25.85.925

I'm at your service 🤗🤗

#tupperwareshahalam
#iluvtupperware
#tupperwareconsultant

Saturday, February 25, 2017

Carboot Sale Alam Impian 4-5 Mac 2017

Salam sejahtera,

Kami akan berada di carboot sale di masjid alam impian pada 4 dan 5 mac 2017 dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Kot la nak jumpa kami untuk jadi ahli ker, beli tupperware baru dan clearance stock atau saja-saja jer nak sembang pasal tupperware, meh la ke masjid alam impian yer.

Jumpa di sana.

#carbootsale
#alamimpian
#tupperwareshahalam

Sunday, February 5, 2017

Hasil tangkapan dalam FreezerMate

Hasil tangkapan en hyatt pagi tadi kat pasar.

Sampai jer rumah, terus bersihkan dan letak dalam #freezermate #tupperware. FreezerMate ni ada macam-macam saiz. Transparent, senang nak nampak apa yang ada kat dalam tu.

Cer refer katalog tupperware bulan ni -> http://tupperware.ipapercms.dk/Tupperware/Malaysia/

Kali ni FreezerMate kaler pink 💞💕💞💕

#tupperwaremalaysia
#tupperwareconsultant
#tupperwareshahalam

Saturday, February 4, 2017

Potong bawang dengan Turbo Chopper

Hujung minggu je ni la kerjanya.
Chop chop chop bawang dengan #turbochopper.
Untuk minggu ni dah selesai ✌✌

Nak dapat halus mulus macam guna blender memang tak dapat la.
Dapat bentuk ala-ala chop sendiri pun jadi la.
Janji mata den tak podih 😁😁

#tupperwaremalaysia
#tupperwareconsultant
#tupperwareshahalam
#linecamera

Sunday, January 8, 2017

Pizza dengan tupperchef

Sebelum ni en Hyatt ada share resipi buat pizza guna roti prata. Pagi ni teringin pula sarapan pizza. Tengok bahan-bahan kat peti ais, cukup pula.
Memandangkan kami tak ada oven di rumah, jadi kami gunakan tupperchef fryer untuk membuatnya.
Masa yang diambil tak lama, dalam 10-20 minit. Bawah ni kami share cara buat pizza ni.

Bahan:
Roti prata
Sos tomato/sos spegeti
Daging cincang yang dimasak dengan bawang dan black pepper
Capsicum
Tomato
Sosej
Keju pizza

Cara-cara:
1. Panaskan TupperChef Fryer dengan api paling kecil.
2. Set penutup ke 0.
3. Roti prata (dalam keadaan beku) disapu dengan sos tomato/sos spegeti
4. Letak daging cincang yang dah dimasak.
5. Letak sosej, capsicum dan tomato
6. Taburkan keju pizza.
7. Masukkan dalam TupperChef Fryer.
8. Bakar sehingga keju pizza cair (dalam 10-20minit)

Siap.

Boleh jer guna bahan-bahan lain ikut selera sendiri. Tak ada oven pun boleh buat pizza  . Yang penting ada TupperChef Fryer 

#tuppercheffryer
#tupperwareshahalam
#tupperwareconsultant
#tupperwarebrands
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...