Saturday, July 20, 2013

Mudah dengan Tupperware Turbo Chopper

Salam ramadhan,

Sejak 3 hari lepas kami dah mula memasak setelah sekian LAMA kami gantung kuali.

Semalam, atas permintaan En.Hyat, kami buat masak lemak cili padi ikan tongkol.

Persediaan macam biasa la, bawang merah, halia, cili padi, santan, serbuk kunyit, serai, asam keping dan yang penting sekali ikan. Tang bawang merah, halia dan cili padi tu perlu dikisar. Kami kisar tak guna blender biasa tu. Leceh. Nak kena cucuk wayar, siapkan tapak blender bagai.

Kami gunakan Tupperware Turbo Chopper!

Masya-allah, memang memudahkan kerja mengisar kami. Kalau sakat letak sebiji bawang besar + halia sebesar ibu jari + cili padi 5 ulas, hmm alahai, muat sangat hokey.. Masukkan jer semua bahan-bahan tadi, tutup dan tarik la berapa kali nak tarik sampai halus. Hasil kami semalam macam dalam gambar tu. Ok la kan sakat main tarik-tarik siap semua bahan siap dikisar.

Selain daripada memudahkan kerja kami, Tupperware Turbo Chopper ni juga berfungsi untuk senaman tangan kami ni. Hehe.. Seriously, Tupperware Turbo Chopper ni boleh jimatkan penggunaan elektrik. Sekiranya bekalan elektrik terputus, tak perlu risau sebab ada Tupperware Turbo Chopper untuk menyelamatkan hari anda. Tak boleh jadi alasan untuk tidak memasak yer kawan-kawan.

Kalau kawan-kawan berminat nak memiliki Tupperware Turbo Chopper ni, boleh beli dengan kami selaku pengedar Tupperware Brands yang sah. Tekan jer butang [Contact Us] kat atas tu dan kami akan respon dalam masa 24 jam. Tak pun, mesej jer kat Fan Page FB kami. Lagi senang!

Harga pasaran RM129.00. Kempen kali ni dapat PERCUMA 2 Hot Tropic Spice Saver 140ml dengan setiap pembelian Tupperware Turbo Chopper.

Berbaloi-baloi...

Ok tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...