Tuesday, June 20, 2017

Tukar Penutup One Touch PERCUMA

Ramadhan kareem

In sha allah dalam kurang daripada seminggu, umat islam akan menyambut Syawal.

Punya la lama tak buat kuih raya sejak nikah ni, tahun ni kami dah start semula buat cookies cornflakes crunch.

Dah siap-siap bakar, duk cari la set #tupperwarebrands #onetouch kami yang besar kat rumah ayah. Jumpa, tapi penutup dah pecah kat tepi-tepi tu.

P/s: bukan kena gigit tikus tau... Buat sementara, tutup la guna tissue untuk elakkan angin masuk. Gambar tak dan nak amik sebab excited nak p tukar penutup.. Hehehe..

Tu cerita dua hari lepas. Hari ni, kami bergegas la ke Tupperware Business Centre (BC) kat putra heights dan seksyen 15, bawa penutup yang pecah tepi tu.

Alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun terpaksa pergi 2 BC. Kaler seadanya la yer. Tak boleh nak pilih. Tapi, tak kisah. Janji ada penutup. Yeay...  oh ya, tukar ni PERCUMA yer sebab termasuk dalam kategori lifetime warranty.

Ahli atau bukan ahli, boleh pergi jer ke mana2 BC, in sha allah dapat tukar penutup tu selagi termasuk dalam kategori yang dicover lifetime warranty dan ada stok. Best, kan...? Tak payah beli baru. Tapi, kalau nak beli baru, meh beli ngan kami. Hehehe...

Kalau tak masuk dalam warranty pun, boleh jer beli penutup tu dgn harga yg berpatutan.

Ok, sila la korek-korek balik bekas tuperware kat gobok tu, kalau perlu tukar atau beli penutup ker, masih ada masa lagi untuk berkunjung ke BC yang berdekatan. Jangan lupa bawa sekali yang dah rosak tu tau.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...