Tuesday, June 21, 2011

flea market @ metro point kajang part 1


Ahad 19 jun 2011, Jam 10 pg - 5 ptg, Metro Point, Kajang


alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di booth flea market di metro point kajang. crowd yang sederhana, tetapi penjualan tidak menghampakan walaupun ada 2 booth lain yang menjual produk yang sama.

agak seronok berada di sana, suasana yang agak tenang, tiada hiruk pikuk, ditambah pula acara "tiru gaya artis 60-an, 70-an dan 80-an" yang menggamatkan suasana di metro point. tidak lepas juga peluang berkenalan dengan orang baru dan melayan pelanggan yang meminati Tupperware Brands. parking pun senang dan murah. RM1 jer sehari.

insya-allah minggu depan akan buka booth di metro point lagi. jemputlah ke metro point, kajang ahad ni untuk membeli belah!! produk berbeza setiap minggu!!

di sini ada snap booth kami di metro point.

  
pameran produk

 
 liza and i - kami sama-sama buka booth kat sini


terima kasih diucapkan kepada pelanggan dan rakan-rakan yang telah singgah ke booth kami. minggu depan kami buka lagi di sana...

liza n hyatt, terima kasih kerana memeriahkan booth kita... ;-)

Thursday, June 2, 2011

extra income dengan nano-nature water filtration system

Masa pergi Director Recognition Rally di One World Hotel, Damansara pada 28 Mei 2011 yang lepas, pihak Tupperware telah melancarkan "Peluang Menjana Pendapatan dengan  Nano-Nature Water Filtration System (NNWFS)".

Setiap NNWFS yang dibeli atas nama sendiri, akan dapat rebet RM100!!

Bestnyer...

Kira harga jualan RM2590.00, kalau ahli dengan diskaun 20% dah dapat kurang RM518 , pastu dapat lagi rebet RM100. Keuntungan yang dapat adalah RM618!!

Kalau diskaun ahli 25% pulak, RM647.50, campur rebet RM100, sama dengan RM747.50!! WOW!! Banyak tu... tu tak campur lagi komisen yang diberikan oleh pihak Tupperware.

Apa kelebihan NNWFS ni??

Comel, compact, filter tak perlu dicuci, tak perlu gunakan elektrik, aliran air laju walaupun dalam mode penapisan, hapuskan 99.999% virus dan bakteria tanpa mengubah kandungan mineral, menghapuskan lebih 150 sumber tercemar (contaminants) - yang tertinggi setakat ni, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, memang bagus la NNWFS ni...

Kalau perlukan bantuan untuk buat demo, bagi comment kat bawah tu dan tinggalkan nama, lokasi dan email atau no phone ye... nanti saya akan hubungi anda.

::: Minum air yang bersih menjamin kesihatan keluarga (dengan izin Allah) :::



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...