Thursday, December 26, 2013

Bisnes MLM Sebenar

MLM mendapat reputasi yang buruk disebabkan ramai yang jalankan secara yang salah.

Produk yang sebenar, dan digerakkan dengan cara yang sebenar – bukan manipulasi.

  • Produk yang tulen, yang benar-benar bermanfaat kepada pengguna dengan harga berpatutan.
  • Dibeli oleh pengguna untuk tujuan sebenar.
  • Yuran keahlian yang minimum, tak ada apa-apa komisyen kepada upline atas kepala yang ditaja. Bahkan ada syarikat MLM yang menawarkan yuran keahlian refundable.

Berhati-hati dengan MLM sekiranya:

  • Modal permulaan yang besar, apatah lagi kena buat loan.
  • Produk yang dijual tak benar-benar bermanfaat. Pendek kata, kalau kita jual kepada umum dengan harga runcit, tak ada sesiapa akan beli.
  • Harga yang tak masuk akal. Sekotak kopi segera harganya lebih RM100?
  • Pendapatan berasaskan kepala yang ditaja, dan tak perlukan jualan runcit. Pendek kata, kalau tak ada orang masuk dalam network kita, maka pendapatan kita adalah kosong!

Bisnes MLM yang terbaik untuk anda:

  • Anda suka produknya. Pendek kata, kalau tak buat bisnes pun, anda pasti akan beli produknya hatta dengan harga runcit sekalipun.

MLM Sebenar, Dijalankan Dengan Cara Salah

Mulianya bisnes MLM sebab:

Jalankan MLM cara sebenar.
  1. Anda suka produknya.
  2. Jadi ahli untuk dapat harga diskaun.
  3. Kongsikan produk yang anda suka kepada kawan-kawan. Bina kumpulan pelanggan tetap. Anda akan dapat untung runcit atas jualan secara konsisten.
  4. Bagi pelanggan anda yang berminat untuk tambah pendapatan, bantu mereka buat perkara yang sama (a) Menggunakan produk (b) Mengesyorkan produk (c) Kembangkan network.
  5. Beri khidmat pelanggan dan latih kumpulan anda berkembang.


Sumber: MohdZulkifli.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...