Tuesday, June 21, 2011

flea market @ metro point kajang part 1


Ahad 19 jun 2011, Jam 10 pg - 5 ptg, Metro Point, Kajang


alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di booth flea market di metro point kajang. crowd yang sederhana, tetapi penjualan tidak menghampakan walaupun ada 2 booth lain yang menjual produk yang sama.

agak seronok berada di sana, suasana yang agak tenang, tiada hiruk pikuk, ditambah pula acara "tiru gaya artis 60-an, 70-an dan 80-an" yang menggamatkan suasana di metro point. tidak lepas juga peluang berkenalan dengan orang baru dan melayan pelanggan yang meminati Tupperware Brands. parking pun senang dan murah. RM1 jer sehari.

insya-allah minggu depan akan buka booth di metro point lagi. jemputlah ke metro point, kajang ahad ni untuk membeli belah!! produk berbeza setiap minggu!!

di sini ada snap booth kami di metro point.

  
pameran produk

 
 liza and i - kami sama-sama buka booth kat sini


terima kasih diucapkan kepada pelanggan dan rakan-rakan yang telah singgah ke booth kami. minggu depan kami buka lagi di sana...

liza n hyatt, terima kasih kerana memeriahkan booth kita... ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...