Monday, October 22, 2012

pari kukus via steam it


pari kukus via steam it.. tajuukkk... ala-ala canggih gitu.

ni la ikan pari, antara hasil tangkapan yang en hyat bawa dalam 2 minggu lepas. masak pun dalam 2 minggu lepas juga la. tapi, baru hari ni kami berkesempatan nak buka cerita.

en hyat suh kami masak kukus ikan pari ni. kami pun cari la resipi di laman sesawang myresipi.com. jumpa la beberapa resipi ikan kukus. macam-macam bahan kena guna. tapi, disebabkan on the spot jer permintaan, gunakan jer la bahan yang ada iaitu: bawang putih, bawang merah dan halia. cili tak letak sebab buah hati kami yang comel lote 2 orang tu tak boleh makan cili lagi.

bahan-bahan:
  1. 2 potong ikan pari
  2. 1 inci halia
  3. beberapa ulas bawang putih
  4. beberapa ulas bawang merah
  5. asam jawa

cara-cara:
  1. lumurkan ikan pari dengan asam jawa selama beberapa minit (kami tak kira berapa minit sebab lepas lumur, kami terus kopek bawang bagai)
  2. tumbuk halia dan bawang putih.
  3. bersihkan ikan pari yang dilumur dengan asam jawa.
  4. lumur ikan pari dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk.
  5. letak ikan pari kat pinggan yang comel atau bekas Tupperware yang muat dalam Steam It.
  6. letak bawang putih dan bawang merah kat pinggan.
  7. kukus dengan Steam It yang diletak atas TupperChef Wok selama beberapa minit.
  8. hidangkan dengan kicap asam pedas (tak tau nama apa sebab en hyat yang sediakan)
simple jer kan... mudah sungguh mengukus dengan Steam It. untuk masak dalam jumlah yang kecil, Steam It adalah pilihan terbaik. sekejap jer dah masak... pegang pun tak panas.. harga pun berpatutan.. RM50 pun tak sampai...

tupperchef wok yang kami guna tu versi yang lama punya.. sekarang ni dah ada tupperchef inspire. harga pun boleh tahan... siap boleh buat installment 6 bulan lagi dengan 0% interest. tapi, kalau ada juga yang berkenan ngan wok lama tu kami ada lagi 1 set. kalau berminat, bagitau jer kami. harga boleh runding.

berbalik pada cerita ikan pari kami ni ha, ikan yang kat piring tu kami makan sekeluarga, sedap isinya. almaklum, baru keluar laut. ikan yang kat bekas tupperware tu pula, apa lagi.. bawa bekal keesokkan harinya la.... huhu... senang, kan...

baki beberapa potong ikan tu, kami simpan dalam set freezer mates kesayangan kami. best, kan produk tupperware. semua ada kegunaannya.

*note: cara masakan di atas adalah di bawah seliaan en hyat. almaklum, kami tak pernah pun masak ikan kukus... hehehe

Thursday, October 11, 2012

kos penghantaran tupperware, berapa agaknya?

alhamdulillah, semenjak dua menjak ni stok tupperware kat rumah kami dah semakin surut. kami berterima kasih ke hadrat ilahi kerana menemukan kami dengan kemudahan internet yg menjadi medium kami berniaga.

kami pos barang sampai ke langkawi, johor, sabah dan sarawak pun ada. itu lah, dengan kemudahan yang ada, walaupun kami duduk di shah alam je, dpt pelanggan jauh-jauh tu... syukran allah..

kami gunakan perkhidmatan pos malaysia. biasanya poslaju la sebab jual barang kekadang tu yang single item. kalau ke sarawak hari tu pun dalam rm12 jer. itu kami boleh ler belanja pos lagi. tapi baru-baru ni kami pos set level ke sabah dan johor. berat tu sakat 2.65kg jer. tp, disebabkan kami letak dalam kotak, kos ke sabah jer dah dekat rm100, ke johor rm50!

kami minta maaf banyak-banyak kepada pelanggan kami sebab terpaksa gunakan pos domestik yang harganya tak sampai rm20 ke sabah, rm10 ke johor. kami gunakan khidmat udara, sampai la dalam lagi 2 minggu. kalau ikut laut mau lagi sebulan sampai. alhamdulillah, pelanggan kami tu amat memahami.

ni pengalaman dan pengajaran la buat kami yang masih mentah dalam dunia biz online nih. kalau pelanggan beli sakat 1, 2 barang boleh lagi la kalau nak guna poslaju. paling koman pun kena rm7. tp, kalau jual barang berketul-ketul, memang la tak berat mana, tapi kalau dah kena letak dalam kotak besar, pikir-pikirkanlah.. cari la yang murah walaupun makan masa sikit. tapi, kalau pelanggan tu bersedia untuk tanggung kos, apa salahnyer ;-)

kepada kawan-kawan yang baru nak menapak dalam biz tupperware secara online ni, bila time offer barang, fikirkan kos penghantaran sekali. jangan buat janji manis hantar guna poslaju yer.. ehhee.. kami ni pun tak sempat nak tanya otai-otai pasal kos penghantaran ni. well, lesson learned.

walau apapun, kami masih menyokong pos malaysia.

kepada kawan-kawan yang nak tengok update gambar tupperware terkini melalui FB, boleh la add kami Aida RagaCube atau like fanpage RagaCube. kekadang tu lepas kami upload gambar, terus jer orang tanya. tak sempat nak upload kat kedai online kami di My1Stop.

selamat membeli-belah..

 

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum kepada pembaca blog kami yang beragama Islam,
 
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta dan andaikata sepanjang kami berceloteh di blog ini maupun sewaktu kita berurusan, kawan-kawan ada terasa hati dan tersinggung, kami mohon ampun dan maaf dari pangkal rambut hingga hujung kaki.
 
Kami lama tak kemaskini blog ni bukannya apa, sewaktu ramadhan yang lepas, kami agak sibuk dengan urusan perpindahan rumah. Alhamdulillah buat masa ni keadaan rumah baru dah teratur sikit. Cumanya stok-stok tupperware kesayangan kami tu masih berada di dalam kotak. Insya-allah, tak lama lagi kami akan muatnaik gambar-gambar tupperware untuk jualan runtuh sempena kami berpindah rumah ni. Tupperware tu pun meronta-ronta minta tuan baru. Hehehe..

Akhir kalam, semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagian kepada kawan-kawan. Kepada mereka yang kehilangan insan tersayang ramadhan lalu, sentiasa doakan mereka agar mereka dan kita juga terlepas daripada siksa kubur dan azab api neraka. Al-fatihah...
 
 

Tuesday, July 10, 2012

Tupperware Can Opener

Fuh.. blog ni betul-betul dah bersawang... mentang-mentang duduk di laman sesawang..


Baiklah, kita berbalik kepada topik hari ni, Tupperware Can Opener. Ingat tak kempen April lepas kami ada kata kami nak beli pembuka tin ni? Klik sini untuk tengok post tu. Ha.. kami memang beli pun.. Dah lama juga la beli, semalam baru cuba guna.


Memula guna agak keliru sedikit sebab ingatkan dia potong betul-betul bahagian atas tin tu, rupa-rupanya dia potong kat tepi. Cantik jer.. Tu pasal la Tupperware kata penutup tu tak tajam kalau guna Tupperware Can Opener. Boleh tutup balik tin tu pakai penutup tu. Kami rasa teruja tu.. hehe..


Teruja bukan apa, kat rumah kami tu guna pembuka tin yang panjang tu. Tusukkan hujung yang tajam tu kat tengah-tengah tin, pastu tekan besi yang gerak-gerak tu kat tepi tin, pastu tarik la pemegang tu keliling tin. Kami tak pernah nak pakai sebab selalu gagal. Kurang kederatnya. Selalunya En. Hyatt ler yang menjadi mangsa. Lepas ni kami dah boleh buat sendiri. Almaklum, dah ada Tupperware Can Opener... ehehehe..




Tupperware Can Opener dan tin pertama yang dibukanya



Licin, kan bibir tin tu.. Tak perlu risau terluka..


Kalau nak beli kempen ni tak ada dah. Tunggu la kempen seterusnya. Kami memang suka dengan Tupperware Can Opener ni. Tak perlu banyak tenaga nak tebuk bagai. Tak perlu risau pasal sisi yang tajam. Pendek kata, perlu ada di setiap rumah.


Nanti, ada yang kata pakai membuka tin biasa tu pun boleh juga buka tinnyer. Betul tu. Tapi, bergantung pada bajet masing-masing. Kalau ada bajet lebih tu, belilah satu. Tak menyesal punya lah... ;-)


Tuesday, June 12, 2012

keahlian tupperware seumur hidup?

keahlian tupperware ni seumur hidup ker?

jawapannya adalah TIDAK. Keahlian tupperware bukan seumur hidup. Ahli perlu membuat pembelian bagi memastikan kesinambungan keahlian tersebut.

mulai 1 jun 2012, tupperware telah memperkenalkan pelan perniagaan yang baru di mana setiap ahli perlu membuat pembelian terkumpul selama 6 bulan minima RM500.
jika belian terkumpul kurang daripada RM500, maka status ahli tersebut akan bertukar kepada 'Inactive' pada bulan ke 7 dan ke 8.
jika tiada pembelian sebanyak RM200 dalam tempoh tersebut, keahlian akan jatuh kepada status 'Drop'. maknanya, anda bukan lagi ahli tupperware.
tetapi, anda boleh menjadi ahli semula selepas 3 bulan anda gugur keahlian.

jika sebelum ni, untuk perbaharui keahlian, boleh dengan melanggan majalah Inspira, tetapi, sekarang dah tak boleh dah.

kepada yang benat-benar berrminat untuk menjadikan tupperware sebagai salah satu daripada sumber pendapatan anda, sertailah tupperware. modal permulaan RM70 sahaja. murah, kan? dapat tupperware lagi kau..

semoga dengan jawapan ini dapat menjawab persoalan berkaitan keahlian tupperware.


wallahu'alam.


::: berminat untuk menjadi ahli tupperware? sila isi borang ni. :::

Thursday, May 10, 2012

My1Stop @ Karnival Jom NIAGA

Hari ni dapat newsletter daripada My1Stop, provider kedai online kami. Kami sarankan, kalau kawan-kawan nak buka kedai online, guna la platform ni. Banyak kemudahan. Daripada yang PERCUMA sampai la berbayar.

Klik sini untuk ke mall My1Stop.

Kalau nak jumpa secara muka ke muka dengan mereka ni, boleh la ke Kompleks Karangkraf Shah Alam hari ni dengan esok. Pasti tak menyesal punya... huhu...


*********************************************************************************

We will be at Karnival Jom NIAGA, Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana organized by SME Corp Malaysia at Kompleks Karangkraf Shah Alam today 10 May 2012 and 11 May 2012.
 Do drop by our booth, Booth No. 158 to meet us in person, and find out more how we can help you enhance your online business the smarter and dynamic way. http://my1stop.com.my/redismine1004
My1Stop will also be involved in the Social Media Network Drive Thru forum from 3:00 to 4:00 pm on 11 May 2012.
See you there!



Tuesday, May 1, 2012

TupperChef Inspire



Semalam As letak video ni kat group FB kami. Set periuk TupperChef  Inspire. Akan dijual di Malaysia tak lama lagi.

Walaupun kami ni tak gemar memasak sangat, tapi, bila tengok set periuk ni bikin hati gundah gulana. Bila la nak masuk Malaysia ni? Dengar-dengarnya produk ni laris bagai goreng pisang panas kat Indonesia.

Malas nak cakap banyak, enjoy the clip!! Teruja punya... huhu





:::Teringin..:::

Saturday, April 28, 2012

Bantu bumi kita dengan 5R!!


Sayangilah bumi kita. Kita hanya meminjam bumi ini daripada anak-anak kita. Berfikir sebelum buang.
Macam biasa dengar, kan iklan gitu. Tapi, apa tindakan kita sebagai penghuni bumi ini untuk selamat bumi kita daripada terus sakit dan sakit setiap hari. Kat astro pun dah ada iklan Maya Karin menangis tengok bumi. Kesian tau bumi kita ni sebenarnya.

Teringat masa belajar di Jepun dulu. Kami diberi jadual hari pembuangan sampah. Kami kena asingkan sampah. Sampah dapur tak boleh campur dengan plastik, botol dan lain-lain. Sampah yang boleh dibakar, tak boleh bercampur dengan yang boleh dibakar. Sampaikan hari pembuangan sampah untuk peralatan elektrik dan perkakas rumah pun ditetapkan. Betapa teraturnya sistem pembuangan sampah mereka. 

Bagaimana pula dengan kawa-kawan semua? Kawan-kawan asingkan sampah tak kat rumah? Kami asingkan. Kertas, tin, botol, plastik dan sampah dapur. Dulu kumpul banyak-banyak, kemudian jual. Kini kami kumpul sikit-sikit, ala-ala penuh sikit, kami letak kat tempat sampah. Bila dah asingkan, tak ada la kes sampah kita dipunggah.

Apa yang kami buat untuk selamatkan bumi?

REUSE
Kami bawa bekal ke tempat kerja kadang kala. Bekas Tupperware kegemaran kami ialah CrystalWave Set. Nak makan, panaskan ajer dalam seminit setengah gitu dalam mcrowave. Jimat pun jimat, kurangkan penggunaan bekas styrofoam. Bumi lambat nak hadam styrofoam ni. Kesian bumi.. Kesannya pada kita dan anak cucu cicit piut kita.

REDUCE
Kami selalu bawa air dalam Eco Bottle kami. Ada macam-macam warna dan ada dalam 2 saiz. 1 liter dan 500ml. Dengan itu, kami amat jarang beli air mineral melainkan stok air dah betul-betul habis dalam perjalanan. Tapi, botol tu kami tak buang begitu saja, kami kumpul dan kemudian recycle la.. apa lagi.. ehehhe..

RECYCLE
Macam yang kami cerita tadi, kami asing-asingkan sampah macam yang kami buat masa kami belajar dulu.

REPAIR
Buat masa ni kami hanya pernah repair handphone kami yang rosak skrin. Walaupun, ramai yang menggesa supaya kami tukar handphone, tapi, kami setia dengan handphone kami ni sehingga dia tak berfungsi dengan baik lagi. (^-^)v

REFUSE
Yang ni kami buat masa pergi kedai Tupperware. Tapi, kalau ke pasaraya kami ambil juga beg plastik tu untuk recycle jadi plastik sampah. Kecuali hari Sabtu sebab kerajaan Negeri Selangor mengharamkan pemberian beg plastik. Kalau nak juga, 20sen sekeping. 

Kawan-kawan macammana pula? Apa tindakan kawan-kawan dalam usaha selamatkan bumi kita?


Thursday, April 19, 2012

Kenapa kami suka Tupperware Freezer Mates?


Salah satu produk kegemaran kami, Freezer Mates. Apa yang bagusnya tentang Freezer Mates ni? Kami suka sebab:
  1. Freezer kami nampak cantik tersusun jer.
  2. Kami boleh nampak isi kandung Freezer Mates sebab Freezer Mates ni lutsinar.
  3. Penutup Freeze Mates ni mudah lentur, flexible bak kata orang putih. Jadi senang nak buka. 
  4. Bukan setakat penutup jer, badan Freezer Mates ni pun flexible juga. Senang nak keluarkan isi kandungannya.
  5. Freezer Mates ada macam-macam saiz. Dari yang besar boleh muat seekor ayam golek, sampai la sekecil-kecil bekas. Jadi, boleh la bahagi bahan/makanan tu ikut keperluan. Contoh: kami beli ayam, letak dalam 2 atau 3 bekas. Bila nak masak, keluarkan je 1 bekas. Jadi, yang lain-lain tu selamat berehat dalam freezer. Tak ada la keluar masuk ayam tu sampai 3, 4 kali dalam freezer. Ayam pun tak cepat rosak, elok jer dalam tu.
  6. Makanan kekal segar. 
  7. Cepat beku sebab bucu yang bulat dan dasar yang terasing membolehkan peredaran udara di antara bekas bertindih serta pada sekelilingnya.
  8. Tak mudah menggelongsor sebab dasar dia direka khas bagi tujuan tu. 
  9. Menjimatkan. Beli makanan/bahan dalam portion yang banyak, lepas tu simpan ikut kegunaan. 
  10. Selamat digunakan. Tiada kebocoran bahan kimia plastik pada makanan/bahan.
  11. Freezer kami tak de bau campuran ikan, ayam dsb.
Kawan-kawan dah ada ker Freezer Mates ni di rumah? Kalau belum ada, meh beli daripada kami. Kempen April-Mei ni ada offer Freezer Mates. Boleh rujuk sini untuk katalog.

Kalau nak lagi murah, jom la join Tupperware hari ni. Tak rugi pun. Bayar RM70 dan dapat kit bag. Dalam kit bag tu ada macam-macam termasuklah produk Tupperware dan kupon diskaun. Berbaloi-baloi.

Kalau ada apaper masalah berkaitan barangan Tupperware kawan-kawan, boleh la hubungi kami. Kami sedia membantu mana yang mampu. Insya-allah...

Enjoy the video. I Like!


Monday, April 16, 2012

Jom beli Tupperware ONLINE!

Semalam merupakan hari yang agak produktif buat kami. Hampir kesemua produk telah dikemaskini di kedai kami di My1Stop.

Untuk pembelian barangan Tupperware daripada katalog terkini, kawan-kawan boleh ke link ni:
Tupperware Brands Latest Campaign

Sekiranya kawan-kawan ahli Tupperware, kami bagi harga ahli 20%. Kepada yang belum menjadi ahli, jadilah ahli hari ini dengan kumpulan kami untuk menikmati potongan harga dan tawaran menarik daripada Tupperware Brands. Isi borang ni untuk pendaftaran ahli.

Kalau setuju, meh klik sini untuk teruskan pembelian: Tupperware Brands Latest Campaign

Kami ada juga buat jualan murah. Kawan-kawan boleh ke link ni untuk membuat pembelian:
Tupperware Clearance

Bagi setiap pembelian bernilai RM100, kami bagi cash voucher bernilai RM5. Gunakan vouvher ni untuk pembelian seterusnya. Syarat nak dapatkan cash voucher ni senang jer. Pembelian mestilah secara online melalui kedai kami di My1Stop.

Daftar sebagai pelanggan ataupun affiliate. Memang mudah. Dan yang paling penting adalah PERCUMA! Kawan-kawan bukan saja boleh membeli-belah kat kedai kami, malah ada banyak lagi e-store kat sini.

Kalau agak-agak nak buka kedai sendiri pun ok juga. Boleh mulakan secara PERCUMA! Boleh letak sampai 20 item. Maklumat lanjut boleh baca kat sini.

Happy Shopping....

Tuesday, April 10, 2012

spegeti malas orang u.k



ni la resipi spegeti paling senang dalam hidup kami. rebus jer spegeti tu, lepas tu letak tuna dan sesame dressing. taraa.. siap dah. kalau nak lagi sedap, dressing tu makan ngan makaroni, telur rebus, tuna dan salad sebenarnya. boleh try lain kali.

bawa ke opis dan semestinya gunakan set crystalwave ni. masuk jer dalam microwave seminit setengah, cingggg..... siap dah. pastu guna set sudu kempen lepas. limited edition ni.. best sangat-sangat.. boleh cabut dan pasang jer.. nak sudu ngan garpu.. nak sudu ngan chopstick.. mix and match ajer.. harap-harap lain kali, ada lagi kuar set sudu garpu ni. kami nak tambah koleksi lagi.

anda semua ada tak semua set di atas ni?? kami ada set crystalwave ni saja. kalau nak boleh tinggalkan mesej yer. yang set sudu tu minta maaf yer, tak ada dalam stok kami.

pesan kami, bawa la bekal ke tempat kerja bila berkesempatan dan pastikan guna set crystalwave ni yer.. berbaloi-baloi...

Sunday, April 8, 2012

tupperware free dengan s26


Tadi masa mengira scoop susu j, tetiba rasa macam nak browse web s26 untuk tengok apa yang boleh redeem daripada wyeth. jumlah scoop ada la dalam 62. 1 scoop = 10 points. jadi kami dah ada 620 points. 

Sekali ternampak eco bottle, lepas tu one touch, lepas tu beverage buddy, lepas tu ada crystalwave soup mug dan divided dish juga. 4 jenis produk tupperware yang menjadi kegemaran kami. 

Eco bottle ni senang dibawa ke mana-mana. tak payah risau pasal tumpah ke, tutup terbuka ker sebab nak tutup kena putar penutup tu. orang putih cakap penutup screw type. letak dalam kereta tengah panas terik pun tak risau sebab plastik tu tak beri tindakbalas (dijamin oleh tupperware). air pun tak rasa plastik macam pet bottle. memang selamat pada kita dan anak kita.

one touch topper ni sesuai sangat sangat sangat untuk simpan susu anak. kedap udara. susu tak masuk angin punya. 1 bekas ni boleh memuatkan 1 pek susu. tak payah beli yang dalam tin. beli jer refill pack, lepas tu simpan je dalam one touch nih. selain daripada simpan susu anak, kami guna juga one touch ni untuk simpan milo, gula (semut tak boleh tembus punya), biskut dan bijirin. highly recommended!

Beverage buddy ni boleh memuatkan 2 liter air. Kami guna ni untuk kegunaan harian. kekadang bancuh air kat sini, letak dalam peti ais. ok je letak dalam peti ais.

Akhir sekali, kegemaran kami: crystalwave soup mug dan divided dish. ini satu-satunya produk tupperware yang boleh masuk mircowave yer kawan-kawan. yang lain-lain tu seelok-eloknya jangan la digunakan untuk panaskan makanan dalam microwave. kalau nak juga, bersedia la untuk menerima tupperware yang tak molek sangat rupanya. tak boleh tukar yer.. tak masuk dalam warranty.. hehe.. panaskan dalam microwave pun tak perlu lama-lama. seminit atau seminit setengah jer pun dah ok. bekas tak panas, tapi bila buka penutup tu berasap-asap keluar. memang mantop dek non.. memang tak rugi beli!

Kepada pengguna s26 gold, anda boleh dapatkan tupperware percuma bila hantar scoop biru tu kepada wyeth. ni website dia: 


apalagi, jom pos scoop biru tu ke wyeth!!

Sunday, February 19, 2012

TuPPeRWaRe BaKa Exclusive Sale Part 1/2012 - Officially ended

Salam semua,

Selamat datang ke Tupperware baka Exclusive Sale Part 1/2012!!

Barangan yang dipaparkan adalah daripada koleksi peribadi saya dan harga adalah seperti yang tertera. Harga bagi semua produk yang dipaparkan adalah termasuk kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Tupperware Home Set. Kebanyakan barang adalah keluaran terhad Tupperware. Ada di antaranya susah didapati dan tidak lagi dijual di pasaran. Semua barangan adalah baru dan tidak pernah digunakan.

Untuk belian, sila isikan borang contact me atau email ke redismine1004[@]gmail.com ataupun, tinggalkan komen di bawah.

Tempoh jualan: 20 Februari - 11 Mac 2012.

Selamat membeli-belah!!


1. Tupperware Home Set (1) - 

2.  Clear Bowl 610ml (4) - 

3.  Merry-Go-Round Set - 
-Quencher  1.1L
-Sandwich Keeper

4. Set 1  - 

5. Set 2 - 

6. Set 3 - 


Pembayaran: Melalui akaun Maybank

Penghantaran: Menggunakan pos berdaftar/poslaju


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...