Tuesday, April 9, 2013

katalog 3/2013 1 april - 11 may 2013

assalamualaikum,

kawan-kawan mesti ternanti-nanti katalog terbaru tupperware di TuPPeRWaRe BaKa, kan?

sebenarnya, kami dah upload di FB RagaCube. cuma baru hari ni berkesempatan nak upload kat blog. kalau kawan-kawan mempunyai FB, jangan lupa Like page kami yer!

cerita pasal kempen kali ni, tupperware brands malaysia ada memperkenalkan koleksi Twinkle Tup khas untuk bayi dan kanak-kanak. kami pun agak teruja juga nak memiliki Twinkle Tup ni. hehe.. of course untuk anak-anak yer..





nukilan seterusnya nanti kita cerita pasal Twinkle Tup ni yer. sementara tu, jom cuci-cuci mata dengan katalog terkini.

untuk memudahkan pembelian kawan-kawan, boleh la berkunjung ke e-store kami di my1stop. klik sini untuk ke kedai maya kami.











































Thursday, April 4, 2013

tupperware lifetime warranty? apa tu?

ha.. tupperware ni selalu sebut yang produk dia ni ada jaminan seumur hidup. tapi, kawan-kawan tahu tak apa yang dijamin oleh tupperware ni?

menurut tupperware, 


"For over 50 years, we at Tupperware Brands have proudly backed our products with a Lifetime Guarantee so you can buy with confidence. All Tupperware products carried under the Tupperware Trademarks are guaranteed by Tupperware Brands to perform under normal domestic use for the lifetime of the product. We will replace, free of charge, any Tupperware product, or any part that, under normal domestic use, shows a manufacturing defect."
kerosakan pembuatan semasa penggunaan biasa (manufacturing defect under domestic use) yang dimaksudkan terbahagi kepada 4 seperti di bawah:





Selain daripada itu, tak termasuk dalam warranty seperti contoh di bawah ni:


Kalau penutup tupperware kawan-kawan kena gigit tikus ker lipas ker, tak boleh tukar dengan penutup baru yer. tapi, yang bagusnya, kawan-kawan boleh beli penutup sahaja. Murah je. Tak perlu susah-susah beli tupperware baru ;-)

Kalau ada pertanyaan lanjut, jangan segan-segan hubungi kami yer.. Macam biasa, tekan jer butang [contact me] kat atas tu...



Tuesday, April 2, 2013

resipi: pasta kobis ikan bilis

 
 
hari khamis lepas, kami layari website tupperware japan. kat situ ada macam-macam resipi yang dimasak menggunakan produk tupperware. antara resipi yang kami pilih untuk cuba ialah pasta kobis ikan bilis.
 
resipi asal boleh tengok kat sini:- http://www.tupperware.co.jp/recipe/reci59.html 
 
meh kami catatkan kat sini resipi asal ya:
 
Bahan-bahan:
50g .................. kobis
30g .................. bawang besar
100g ................ spegeti (1.4mm)
600ml .............. air
2 ekor .............. ikan bilis (potong halus)
2 sudu besar .... minyak zaitun
1 biji ................ cili merah (dipotong bulat)
1/3 sudu kecil .. garam  
secukup rasa .... lada hitam
 
Cara-cara:
  1. Kobis dipotong 4cm (bersegi), bawang besar dihilis nipis.
  2. Spegeti dipatah dua dan dimasukkan ke dalam Rock 'n' Serve Square #1000, tambah air dan tutup dengan penutup, buka air bubble dan panaskan ke dalam microwave selama 5 minit.
  3. Masukkan kobis dan bawang besar, panaskan selama 3 minit.
  4. Tos air.
  5. Campurkan ikan bilis, minyak zaitun, cili merah, garam dan lada hitam.
 
Taraaa... siap dah... senang, kan?
 
Memandangkan di Malaysia ni tiada Rock 'n' Serve Square #1000, kami ubahsuai sikit la cara memasak tu. Bahan-bahan masih sama, cuma kami gorengkan dalam Tupperchef Wok kepunyaan kami. Tapi, sekarang ni Tupperchef  Wok dah digantikan dengan Inspire Wok. Boleh dapatkan Inspire Wok ni dengan harga RM988. Kalau nak tawaran hebat, boleh la hubungi kami ;-) Tekan jer butang contact me kat atas tu untuk hubungi kami.
 
Berbalik kepada resipi ni, kami masak macam buat kobis goreng, lepas tu masukkan spegeti jer. Kami tambah parsley sikit sebagai hiasan. Rasanya memang macam kobis goreng tambah spegeti. Hahaha... En.Hyat makan campur dengan sos cili. Almaklum, orang kita ni kan suka makan pedas. Tapi, anak-anak alhamdulillah suka makan!! ★ Kira makanan sihat tu, ada mee, ada sayur dan ada ikan bilis. Senang, pantas dan menyelerakan!!
 
Cubalah!
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...