Thursday, December 26, 2013

Bisnes MLM Sebenar

MLM mendapat reputasi yang buruk disebabkan ramai yang jalankan secara yang salah.

Produk yang sebenar, dan digerakkan dengan cara yang sebenar – bukan manipulasi.

  • Produk yang tulen, yang benar-benar bermanfaat kepada pengguna dengan harga berpatutan.
  • Dibeli oleh pengguna untuk tujuan sebenar.
  • Yuran keahlian yang minimum, tak ada apa-apa komisyen kepada upline atas kepala yang ditaja. Bahkan ada syarikat MLM yang menawarkan yuran keahlian refundable.

Berhati-hati dengan MLM sekiranya:

  • Modal permulaan yang besar, apatah lagi kena buat loan.
  • Produk yang dijual tak benar-benar bermanfaat. Pendek kata, kalau kita jual kepada umum dengan harga runcit, tak ada sesiapa akan beli.
  • Harga yang tak masuk akal. Sekotak kopi segera harganya lebih RM100?
  • Pendapatan berasaskan kepala yang ditaja, dan tak perlukan jualan runcit. Pendek kata, kalau tak ada orang masuk dalam network kita, maka pendapatan kita adalah kosong!

Bisnes MLM yang terbaik untuk anda:

  • Anda suka produknya. Pendek kata, kalau tak buat bisnes pun, anda pasti akan beli produknya hatta dengan harga runcit sekalipun.

MLM Sebenar, Dijalankan Dengan Cara Salah

Mulianya bisnes MLM sebab:

Jalankan MLM cara sebenar.
  1. Anda suka produknya.
  2. Jadi ahli untuk dapat harga diskaun.
  3. Kongsikan produk yang anda suka kepada kawan-kawan. Bina kumpulan pelanggan tetap. Anda akan dapat untung runcit atas jualan secara konsisten.
  4. Bagi pelanggan anda yang berminat untuk tambah pendapatan, bantu mereka buat perkara yang sama (a) Menggunakan produk (b) Mengesyorkan produk (c) Kembangkan network.
  5. Beri khidmat pelanggan dan latih kumpulan anda berkembang.


Sumber: MohdZulkifli.com

Friday, November 22, 2013

TUPPERWARE MALAYSIA CATALOGUE (11 NOVEMBER 2013 - 31 DECEMBER 2013 )

Mulai 11 November yang lepas, Tupperware Brands Malaysia telah mengeluarkan katalog terakhir mereka bagi tahun 2013. Banyak produk yang menarik khusus bagi sambutan Hari Natal bagi mereka yang menyambutnya.

Kini anda boleh membelek katalog terkini daripada Tupperware Brands Malaysia secara atas talian dengan klik pautan di bawah.


Sebarang pertanyaan berkenaan produk, harga ataupun tempahan, sila klik sini. Kami akan menjawab dalam masa 24 jam.

Happy viewing!

Thursday, November 14, 2013

Leaflet November Great Savings 1-23 November 2013

November datang lagi dengan kempen November Great Savings bermula 1 November sehingga 23 November 2013. Memang menjimatkan! Terdapat 2 leaflet. Bagi kawan-kawan yang berada di bahagian Central Semenanjung, sila rujuk leaflet di bawah ini.

CENTRAL



Kawan-kawan yang berada di Southern Region Semenanjung, boleh rujuk leaflet di bawah.

SOUTHERN



Untuk tempahan produk daripada mana-mana katalog di atas, sila hubungi kami di sini.

Ambil peluang ini untuk mendapatkan produk Tupperware Brands Malaysia dengan harga yang murah!

Saturday, July 20, 2013

Mudah dengan Tupperware Turbo Chopper

Salam ramadhan,

Sejak 3 hari lepas kami dah mula memasak setelah sekian LAMA kami gantung kuali.

Semalam, atas permintaan En.Hyat, kami buat masak lemak cili padi ikan tongkol.

Persediaan macam biasa la, bawang merah, halia, cili padi, santan, serbuk kunyit, serai, asam keping dan yang penting sekali ikan. Tang bawang merah, halia dan cili padi tu perlu dikisar. Kami kisar tak guna blender biasa tu. Leceh. Nak kena cucuk wayar, siapkan tapak blender bagai.

Kami gunakan Tupperware Turbo Chopper!

Masya-allah, memang memudahkan kerja mengisar kami. Kalau sakat letak sebiji bawang besar + halia sebesar ibu jari + cili padi 5 ulas, hmm alahai, muat sangat hokey.. Masukkan jer semua bahan-bahan tadi, tutup dan tarik la berapa kali nak tarik sampai halus. Hasil kami semalam macam dalam gambar tu. Ok la kan sakat main tarik-tarik siap semua bahan siap dikisar.

Selain daripada memudahkan kerja kami, Tupperware Turbo Chopper ni juga berfungsi untuk senaman tangan kami ni. Hehe.. Seriously, Tupperware Turbo Chopper ni boleh jimatkan penggunaan elektrik. Sekiranya bekalan elektrik terputus, tak perlu risau sebab ada Tupperware Turbo Chopper untuk menyelamatkan hari anda. Tak boleh jadi alasan untuk tidak memasak yer kawan-kawan.

Kalau kawan-kawan berminat nak memiliki Tupperware Turbo Chopper ni, boleh beli dengan kami selaku pengedar Tupperware Brands yang sah. Tekan jer butang [Contact Us] kat atas tu dan kami akan respon dalam masa 24 jam. Tak pun, mesej jer kat Fan Page FB kami. Lagi senang!

Harga pasaran RM129.00. Kempen kali ni dapat PERCUMA 2 Hot Tropic Spice Saver 140ml dengan setiap pembelian Tupperware Turbo Chopper.

Berbaloi-baloi...

Ok tak?

Thursday, May 16, 2013

katalog 4/2013 13 mei - 29 jun 2013

salam kawan-kawan,

kami ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua guru, tak kira yang berjawatan guru secara hakiki mahupun yang tidak hakiki. jasamu memang akan sentiasa dikenang dan dihargai. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

sempena hari guru ni, kami nak upload katalog terkini daripada Tupperware Brands Malaysia. tapi, kali ni kami gunakan pendekatan baru dengan menyertakan link ke katalog versi web. insya-allah, kami akan masukkan produk panas kempen kali ini.

oleh yang demikian kawan-kawan, sila klik sini untuk melihat katalog digital. mesti rambang mata punya lah! tak pun klik jer kat gambar katalog di sebelah kanan blog ini untuk terus ke katalog digital.

sebarang pertanyaan harga, kawan-kawan boleh hubungi kami di sini yer.

untuk pembelian pula, boleh la ke kedai maya kami di http://ragacube.my1stop.com.my/

selamat membeli-belah!!

berminat untuk mendapat harga murah? jom jadi ahli dengan yuran keahlian serendah RM70!! siap dapat Tupperware lagi.. tak rugi punya..

Maklumat lanjut: isikan borang ni: -> http://ragacube.my1stop.com.my/contact/
tinggalkan nama dan no telefon untuk kami hubungi anda dalam masa 24jam.

Tuesday, April 9, 2013

katalog 3/2013 1 april - 11 may 2013

assalamualaikum,

kawan-kawan mesti ternanti-nanti katalog terbaru tupperware di TuPPeRWaRe BaKa, kan?

sebenarnya, kami dah upload di FB RagaCube. cuma baru hari ni berkesempatan nak upload kat blog. kalau kawan-kawan mempunyai FB, jangan lupa Like page kami yer!

cerita pasal kempen kali ni, tupperware brands malaysia ada memperkenalkan koleksi Twinkle Tup khas untuk bayi dan kanak-kanak. kami pun agak teruja juga nak memiliki Twinkle Tup ni. hehe.. of course untuk anak-anak yer..





nukilan seterusnya nanti kita cerita pasal Twinkle Tup ni yer. sementara tu, jom cuci-cuci mata dengan katalog terkini.

untuk memudahkan pembelian kawan-kawan, boleh la berkunjung ke e-store kami di my1stop. klik sini untuk ke kedai maya kami.











































Thursday, April 4, 2013

tupperware lifetime warranty? apa tu?

ha.. tupperware ni selalu sebut yang produk dia ni ada jaminan seumur hidup. tapi, kawan-kawan tahu tak apa yang dijamin oleh tupperware ni?

menurut tupperware, 


"For over 50 years, we at Tupperware Brands have proudly backed our products with a Lifetime Guarantee so you can buy with confidence. All Tupperware products carried under the Tupperware Trademarks are guaranteed by Tupperware Brands to perform under normal domestic use for the lifetime of the product. We will replace, free of charge, any Tupperware product, or any part that, under normal domestic use, shows a manufacturing defect."
kerosakan pembuatan semasa penggunaan biasa (manufacturing defect under domestic use) yang dimaksudkan terbahagi kepada 4 seperti di bawah:





Selain daripada itu, tak termasuk dalam warranty seperti contoh di bawah ni:


Kalau penutup tupperware kawan-kawan kena gigit tikus ker lipas ker, tak boleh tukar dengan penutup baru yer. tapi, yang bagusnya, kawan-kawan boleh beli penutup sahaja. Murah je. Tak perlu susah-susah beli tupperware baru ;-)

Kalau ada pertanyaan lanjut, jangan segan-segan hubungi kami yer.. Macam biasa, tekan jer butang [contact me] kat atas tu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...