Tuesday, May 24, 2011

2011 Tupperware Star Power Trip Lake Toba/Medan


NAK JOIN........................

Tupperware telah melancarkan trip untuk tahun ni iaitu ke Danau Toba/Medan bagi mereka yang berpangkat Director dan Star Director sahaja.

Untuk melayakkan diri, seseorang itu perlu berpangkat Director (dah jadi dah.. hehe) / Star Director dan mengumpul subsidi minimum RM1600 daripada Personal Team Sales dan New Team Recruits mulai Mei 2011 hingga September 2011.

Bukannya tak pernah pergi ke sana. Pernah masa lepas SPM dulu kalau tak silap. Tapi tu pergi dengan keluarga besar. Kali ni nak merasa pergi dengan rombongan Tupperware pulak. FREE pulak tu!! Dulu pun free juga sebab ibubapa tanggung. Sekarang ni kalau nak pergi melancong kena keluar duit sendiri. Tak best.. FREE juga yang best.. eheheh

Bagi mereka yang pernah pergi trip dengan Tupperware, katanya seronok sangat!! Balik bilik hotel jer, ada jer hadiah disediakan. Hadiahnya pula "ada duit pun tak boleh beli punya" bak kata Shireen, orang top Tupperware kat Malaysia ni.

Jadi, tahun ini saya berazam untuk menyertai trip Tupperware ke Danau Toba dan mengumpulkan subsidi sebanyak yang mungkin. Bukan nak pegi sorang-sorang jer, tapi, kalau boleh nak bawa suami dan rakan-rakan sepasukan sekali. Bak kata Wonder Pet, "Apa yang penting? KERJAaaaaaSAMA".

Semoga hasrat untuk melancong ke Danau Toba bersama suami dan rakan-rakan dimakbulkan Allah. Aamiiin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...